Sunday, September 27, 2015

Tips Lembutkan Daging Jadi Empuk


PETUA AGAR DAGING CEPAT EMPUK

Ini merupakan antara cara yang boleh digunakan untuk membuat dagung menjadi lembut dan empuk dengan cepat.

Antara tips dan petuanya ialah:

1. Daun nangka : caranya ialah dengan memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan daging.

2. Daun betik : Sila masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan. Ianya juga boleh melembutkan daging.

Selain itu, jika tiada tangkainyanya, anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda. Pastikan anda kupas kulitnya, buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

3. Tempe : Biasa digunakan untuk melembutkan gulai daging. caranya mudah sahaja, hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.

4. Cuka : Potong daging dan perapkan dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu toskannya hingga kering. kemudian masak daging tersebut.

Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

5. Keratan kayu ubi : kayu ubi juga boleh digunakan. Batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu dan masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja.

Biarkan selama 10 – 15 minit, lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

6. Tepung dan kicap : Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.

7. Buah keras : Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

0 comments