Tuesday, July 7, 2015

Japanese Restaurant, Sukiya At Aeon Malacca



Japanese Food, Sukiya At Aeon Malacca



Sebelum puasa hari itu, saya dan suami seperti biasa singgah ke Jaya Jusco Aeon. Cadang nak tengok wayang di GSC dan kemudian makan tengah hari.


Setelah menonton wayang, kami pun jalan-jalan di bahagian ground floor dan usha nak makan apa. Rasa nak makan Subway tapi bosan la pula.

Kemudian melihat kedai makan Suki-Ya yang mana pekerjanya, 2 orang gadis Melayu ketika itu sedang berbual-bual di kaunter.

Tengok rupanya kedai ini memang ada logo halal, terus ajak suami makan situ sebab tak pernah makan.

Kemudian kami pun try makan Gyudon (beef bowl) dan juga Teriaki Chicken, rasa boleh tahan juga tapi suami tak berapa suka.

Persekitaran memang best, dan ada juga sudu dan garfu kepada yang tidak reti menggunakan chop stick.

Overall saya bagi 6/10 sahaja mungkin sebab suami saya tak suka sangat. Mungkin peminat makan Jepun suka.










Filled Under:

0 comments:

Post a Comment