Monday, March 9, 2015

Percutian Murah Ke Pulau Perhentian



Murahnya Bercuti Dengan Bahtera Kembara Holidays

 


Tak Sangka dengan harga murah bawah RM 200 kita mampu bercuti di Pulau perhentian.

Sekali lagi pihak Bahtera Kembara Holidays memberi kepercayaan kepada Hotlips Corner untuk turut menyertai trip satu hari ke Pulau Perhentian.

Jutaan terima kasih buat En. Afiq Iqbal kerana menjemput Hotlips Corner. Admin bertolak dari Kota Bharu, Kelantan ke Jeti Kuala Besut,Terengganu pada pukul 9.40 pagi.




Perjalanan dari Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan menaiki kereta. Setibanya di Jeti Kuala Besut, perjalanan Admin diteruskan lagi dengan menaiki speed boat ke Pulau Perhentian bersama-sama dengan pemilik Barhtera Kembara Holidays. 

Admin sampai ke point  pertama iaitu di Turtle Beach  pada pukul 10.40 pagi . Di sini terdapat banyak coral serta ikan-ikan nemo yang sangat jinak dan jika anda bernasib baik anda mungkin dapat memegang ikan nemo.


Lebih kurang dalam satu jam admin serta  pengunjung yang lain berada di Turtle Beach. Di samping dapat snorkeling sempat juga bermandi manda . Satu jam bagaikan tidak cukup berada di tempat yang sangat cantik ni. Rasa tak nak balik!

Admin seterusnya ke check point kedua iaitu, Turtle Point di mana kita boleh melihat penyu secara live. Kebiasaanya, pemandu pelancong ataupun 'diver' akan mencuit penyu yang biasanya duduk di dasar laut untuk naik ke permukaan laut.



Setelah puas melihat penyu dan snorkeling di check point kedua, admin dibawa ke check poit ke tiga iaitu Shark Point tetapi malangnya kami tidak berkesempatan melihat jerung. Mungkin malu dengan admin agaknya.



Point yang terakhir ialah tempat memberi makan kepada  ikan-ikan. Anda boleh merasai sendiri pengalaman memberi  makan kepada ikan.Trip untuk 3H2M di Pulau Perhentian hanyalah RM199 per pax! Murah bukan? Apa tunggu lagi?? Jom bercuti!  Untuk keterangan lanjut tentang pakej trip satu hari ke Pulau Perhentian sila layari :-

FB : Bahtera Kembara Holidays (KLIK SINI)
IG : Bahtera Kembara Holidays (KLIK SINI)
Hotline : En. Afiq Iqbal 019 4151375

HARGA HANYA: RM 199/pax
Termasuk:
- speed boat
- penginapan
- pakej snorkeling

Selain pakej percutian ke Pulau Perhentian, Syarikat Bahtera Kembara Holidays  juga menyediakan pekej percutian di dalam dan luar negeri seperti ke Krabi, Thailand.[KLIK SINI]

Seronok sangat pergi Pulau Perhentian rasa tak nak balik! dan semangnya  sangat puas hati dengan servis Bahtera Kembara Holidays

Antara gambar-gambar yang sempat di rakam sepanjang berada di Pulau Perhentian.
































Filled Under:

0 comments:

Post a Comment