Tuesday, October 21, 2014

Pengalaman Bersalin Tanpa Episiotomy



Bersalin Buat Pertama Kali 


Walaupun sudah  setahun berlalu namun aku baru berkesempatan berkongsi detik-detik bersalin buat kali pertama. Masih segar di ingatan aku ketika menanggung kesakitan 'contraction' yang agak lama.


Pada 22 September 2013 masa tu pukul 1 pagi perut rasa mengeras yang lain macam dan tidur mula tergangu. Bangun pagi cerita kat mak perut sakit rasa macam nak bersalin tapi tiada tanda seperti 'blood show'.

Macam biasa pagi tu sarapan nasi lemak dan makin kerap perut mengeras. Aku asyik cakap pada mak perut mengeras je. Dia selalu tanya 'dah nak beranak ke?' Aku jawab ' mana nak tau mana pernah beranak'.

Rutin aku hari-hari biasalah, lepas sarapan terus mengadap laptop sebab aku ni blogger mesti kena update story. Jam 10 pagi makin kuat rasa perut ni mengeras aku bagitau hubs dia masih kat melaka aku pulak kat Kuatan memang nak beranak kat sini sebab mak jaga masa pantang.

Sakit contraction makin menajadi-jadi bila pukul 12 tengahari. Masa tu mak dengan ayah pergi kenduri ada ajak aku tapi dah sakit macam mana nak pergi kan. Masa pukul 1 tengahari blood show pun dah keluar banyak pulak tu.

Aku pun inform hubs dan dia kata dah tanda nak beranak masa tu aku rasa teruja seronok pulak dah nak beranak but then after 2 pm sakit tu makin kuat dan selang 5 minit aku jadi gelisah, takut pikiran terus kusut.

Mak peneman setia baring atas katil masa sakit contraction tu bila aku kata sakit sangat dia kata false contraction padahal merah padam muka aku menahan sakit. Hubs aku suruh mak cek bukaan ( VE ) sementara tunggu dia datang dari Melaka ke Kuantan.

Mak aku  jururwat yang dah pencen sama la macam aku jadi bila mak cek bukaan baru 1cm tapi sakit dah tak tahan. Bila dah pukul 7 malam sakit makin kerap sebab tak tahan sakit aku siap menagis begolek-golek atas katil. 

Mak pulak kedut-kedut muka kesian kat aku yang nangis tahan sakit siap cakap mak maafkan semua salah siap aku pada dia masa aku dengar lagi terharu siap nangis bagai sebab sakit contraction hanya tuhan saja yang tau.

Lagi kelakar bila ayah aku tak sabar nak bawak aku pegi hospital tiap setengah jam dia tanya ' dah boleh pegi hospital ke?' Aku jawap tunggu hubs datang dari Melaka baru nak pergi hospital.

Setelah bertarung dengan kesakitan selama berberapa jam di atas katil tepat jam 10.30 malam hubs sampai Kuantan. Masa ni baru nak bersiap pergi hospital mak cakap pakai kain batik dengan t shirt dah lah sebab nak beranak je pun tapi aku kata tak bergaya lah.

Dalam sakit-sakit nak beranak tu sempat lagi make up siap pakai dress warna hitam tau! Kelakar betul rasa. Sebelum berangkat ke hospital hubs sempat buat VE dulu katanya baru 2cm jalan buka ( my hubs pegawai perubatan)

Walaupun baru jalan buka 2cm tapi sakit dia macam apa tah tak dapat nk ungkap dengan kata-kata, masa dalam perjalanan ke hospital tu rasa sakit teramat kalau boleh nak beranak cepat-cepat je. Sampai je Hospital Pakar PRK Muip doktor yang bertugas kata memang jalan baru buka 2cm.

Terus kena admit wad sambil di temani oleh ayah dan hubs, masa tu dah pukul 11.30 malam sakit bertambah kuat dengan lapar lagi sebab tak makan. Ayah dan hubs balik rumah sebab nak ambil barang.

Masa dalam wad tengah melayan sakit sambil tengok tv saluran born in one minutes tiba-tiba rasa sakit contraction kuat gile sampai muntah terus tekan loceng panggil nurse. Masa tu rasa nak menjerit sebab tak tahan sakit sangat bila cek jalan baru 3cm. So lambat lagi nak bersalin.. Hampa rasa.

Malam tu memang tak dapat nak tido langsung ada mintak epidural pada nurse tapi tak dapat.. sedihnya mak pun ada cakap beranak je tak payah nak epidural sangat. Bagi hilang dosa katanya.

Menahan sakit sampai aku tengok tingkap dah mula cerah bila tengok jam dah pukul 7 pagi! Masa ni sarapan pun sampai. Memang tak lalu nak makan tapi makan jugak takut tak de tenaga nak teran baby.

Dalam pukul 8 pagi doktor datang cek jalan masa ni dah 4cm ok dah boleh masuk labour room. Masa tu dah pikir macam-macam takut, fobia nak beranak. Masa ni lah doktor pecah kan air ketuban. Lepas 5 minit air ketuban dipecahkan sakit nak bersalin makin kuat masa ni rasa macam nak berak sangat-sangat tapi tak boleh teran lagi.

Sibuk-sibuk menahan sakit sekali lagi muntah dalam labour room, masa ni rasa lembik sangat dahaga nak putus asa pun ada. Tiba masa nak push baby sempat mintak air mineral mimum sikit bagi tenaga. Lebih kurang dalam 2-4 minit push baru baby keluar.

Masa ni baru lega dan terharu la sebab anak dah lahir dan bernasib baik tak kena gunting untuk bersalin (episiotomy ).

Lepas baby lahir, me and hubs selfie dengan bby hehe lepas tu aku di bawa semula ke wad. Masa ni memang tido mati sebab letih sangat bertarung melahirkan anak.

Bagi aku kalau nak bersalin lagi bagus bersalin di hospital swasta walaupun bayaran agak mahal sedikit tetapi kita puas hati dengan servis dan paling best boleh pilih bersalin dengan doktor perempuan. Lepas pengalaman bersalin ni hati ku tak rasa nak bersalin lagi sebab trauma terbayang-bayang sakit bersalin tu.
Auris Adrazin berumur 7 hari

Auris selepas 2jam dilahirkan

Rancangan untuk anak kedua mungkin kelaut atau pun mungkin dalam 7-10 tahun akan datang. Hahaha. Apa-apa pun aku bersyukur dapat bersalin secara normal tanpa kena gunting dan tanpa ubat bius.
video

Rasanya ni je yang dapat aku kongsikan walaupun panjang lebar ceritanya . Sekarang baby aku sudah pun berumur setahun. REVIEW Hospital Pakar MUIP [ klik sini ]


Filled Under:

0 comments:

Post a Comment