Monday, July 7, 2014

Keunikan Cyberview Resort & Spa



Bercuti dalam suasana lanskap taman yang unik

Merancang untuk bercuti terutamanya ketika musim  cuti persekolahan selalunya merungsikan kerana kebanyakan waktu begini ramai orang akan turut bercuti untuk melepaskan stress bekerja mahupun ingin bersantai bersama keluarga.




Destinasi percutian sering kali menjadi dilema terutama bagi warga kota yang hanya mempunyai cuti terhad tetapi mahu lari dari kesibukan kota dan pergi ke tempat yang mendamaikan.

Di Cyberview Resort & Spa anda boleh merasai sendiri pengalaman bercuti dalam suasana lanskap taman yang unik yang di penuhi pohon hijau serta air terjun buatan yang mendamaikan.



Semestinya di Cyberview Resort & Spa menyediakan pelbagai jenis kemudahan serta aktivi yang menarik di sekitar Cyberview Resort & Spa.  Dengan lokasi yang amat strategik serta tidak jauh dari ibu kota menjadikan Cyberview Resort & Spa tempat bercuti yang harus dilawati.


Bagi yang ingin bersantai serta menikmati udara dan panorama hijau bolehlah singgah ke Sembunyi Spa. Di fahamkan bahawa Sembunyi Spa memisahkan bahagian wanita dan lelaki bagi mewujudkan ruang privasi.




Terdapat empat restaurant yang ada di sini antaranya ialah Verandah Restaurant, Bistro Cascata, Xing Zhu Restaurant dan juga Karma Bar & Lounge. Banyak pilihan restaurant yang menarik untuk di lawati. Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai Cyberview Resort & Spa sila layari www.cyberviewresort.com  Lokasi :-

Persiaran Multimedia 63000 Cyberjaya Selangor, Malaysia  
Tel: (603) 8312 7000 Fax: (603) 8312 7001 
Email: hotline@cyberviewresort.com

Berbuka puasa di Verandah Restaurant Cyberview Resort & Spa [ klik sini ]

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment