Tuesday, July 22, 2014

Cara buat inai homemade



Cara mudah buat inai homemade

Ramai yang suka pakai inai tambahan pula dengan lambakan inai homemade yang menjadi kegilaan perempuan tak kira peringkat umur disebabkan warna warni yang menarik perhatian kaum hawa.



Dengan pelbagai pilihan warna serta mudah dipakai pada kuku menjadikan inai homemade sebagai pilihan alternatif bagi mengantikan pemakaian inai daun.

Saya akan menunjukan cara yang sangat mudah untuk membuat inai homemade .  Bahan yang diperlukan juga memang mudah di dapati.

Bahan-bahanya ialah :-

* Sabun mandi
* Kapur sireh
* Perwarna ( saya guna sirap)



Cara buat :-

Parut sabun mandi ( saya guna sabun hotel ) 4 sudu teh campurkan dengan 1 sudu teh kapur sireh dan perwarna gaul sampai sebati. Kalau yang suka merah menyala boleh la isi lebih sirap tu ye baru cantik inai homemade.

Lepas dah siap boleh la sapu pada kuku guna cotton bud, boleh kena kuit tapi akan rasa pedih sedikit. Biarkan sampai inai kering kemudian basuh. Selamat mencuba!




Filled Under:

0 comments:

Post a Comment