Sunday, July 6, 2014

Buka Puasa Di Verandah Restaurant Cyberview Resort



Buka Puasa dalam suasana taman di Cyberview Resort & Spa


Apabila tiba bulan ramadan semestinya ramai yang memilih untuk membeli juadah berbuka di bazar bukan? Tak kurang juga yang inginkan kelainan dan tercari-cari tempat buffet  menarik dengan harga yang berpatutan untuk berbuka.


Saya telah dijemput oleh Tasha iaitu wakil dari Verandah Restaurant Cyberview Resort & Spa untuk sama-sama merasai juadah berbuka puasa dalam suasana taman yang di kelilingi pokok hijau serta lanskap yang mendamaikan.




Terdapat pelbagai jenis juadah serta hidangan buffet yang disediakan samada makanan tempatan mahupun barat. Tidak ketinggalan juga juadah dari timur tengah iaitu nasi arab bersama kambing golek. Nak cerita pun rasanya agak panjang kerana saya sendiri sangat teruja dengan pelbagai juadah yang ada.


Tak rugi rasanya berbuka puasa di Verandah Restaurant Cyerview Resort & Spa  ni. Di sampaing harga yang berpatutan, juadah buffet yang amat sedap serta di kelilingi dengan suasana hijau rasa macam tak nak balik pula.



Sempena di  bulan ramadan ini, Verandah Restaurant Cyberview Resort & Spa mengadakan promosi buffet berbuka puasa yang bermula dari 30 Jun sehingga 24 Julai 2014 ( setiap hari ). Makanan yang di sajikan semestinya HALAL.

Harga bagi dewasa :- RM128 nett
Harga bagi kanak-kanak :- RM64 nett




Jadi apa tunggu lagi? Jom ajak kawan-kawan serta sedara mara menikmati pengalaman berbuka puasa yang lain dari lain di Verandah Restaurant Cyberview Resort & Spa pasti puas hati! Untuk tempahan meja bagi buffet sila hubungi di talian 03-83127091/ 03-83217092 atau untuk maklumat lanjut sila layari www.cyberviewresort.com.

Cyberview Resort & Spa [ klik sini ]

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment