Tuesday, March 3, 2015

Cendol Bakar buka cawangan di Klebang, Melaka

Alangkah nikmatnya bila menikmati cendol ketika waktu minum petang bagi  membasah tekak yang kering. Berbalik pada Cendol Bakar Kuala Selangor yang cukup popular kini boleh di nikmati di Melaka.


                       



Saya berpeluang mencuba Cendol Bakar yang terletak di Klebang dan memilih untuk merasa Cendol Durian Pulut serta memesan ubi kayu rebus dengan lempeng pisang bakar.

Terdapat menu-menu makanan lain di Cendol Bakar ini  antaranya ialah Nasi Lemak, Ubi Kayu Rebus, Ubi Kayu Bakar, Lempeng Pisang Bakar, Kerepek Udang Geragau dan juga Keropok Lekor.


Apa yang menarik tentang Cendol Bakar di sini ialah servisnya yang cepat, layan diri dan sudah tentu keistimewaanya anda boleh menikmati Cendol Bakar dengan Drive Thru sahaja! 

                        

              


Menarik bukan?? Selain dapat menjimatkan masa untuk beratur malah amat senang bagi mereka yang ingin menikmati Cendol Bakar ini tanpa perlu keluar dari kereta.

Analisa tentang Cendol Bakar :- 

Servis : 10/10
Suasana : 8/10
Rasa : 9/10

0 comments