Tuesday, March 3, 2015

Buat Duit Dengan Social Reality (SRAX)



Kepada Blogger Jom Guna Iklan Social Reality

Amat merugikan jika mempunyai blog tetapi tidak menggunakan iklan. Kebanyakan blogger sudah tentu arif tentang pengiklan yang ada di blog mereka.





Saya sendiri menggunakan iklan di blog milik saya, antaranya ialah Google Adsense dan juga Innity. Namun, kebanyakan blogger menggunakan Nuffnang mungkin kerana ramai yang tahu tentangnya.

Apa Sosial Reality ? Ia merupakan syarikat pengiklanan sama seperti Nuffnang, Innity dan syarikat iklan yang lain. Fokus utama Social Reality ialah mensasarkan iklan lebih kepada penguna telefon pintar, tablet dan juga aplikasi.

Social Reality ini merupakan syarikat dari Amerika Syarikat. Setiap publisher akan mempunyai akaun manager yang tertentu untuk bertanya sebarang masalah.

Saya sendiri baru saja mencuba menggunakan iklan dari Social Reality . Belum cuba belum tahu. Jadi setakat ini sudah tiga syarikat pengiklanan yang menapak di blog saya. Untuk maklumat lanjut tentang Social Reality anda boleh melayari www.socialreality.com

So far, Social Reality masih membayar setiap bulan melalui akaun paypal dan tidak pernah lewat. Bayaran di Social Reality dalam mata wang USD tetapi tidaklah sebanyak Google Adsense.

Kalau nak cuba bolehlah hubungi mereka di ruang contact us di website: www.socialreality.com

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment