Sunday, May 18, 2014

Pengalaman membeli secara online dengan ZALORA

Pasti ramai yang sudah megenali ZALORA bukan? Ia merupakan rangkaian membeli belah online yang menawarkan pelbagai jenis fesyen dari pelbagai jenama. Tak kiralah dari hangbag, kasut, baju dan macam-macam jenis fesyen lagi.

Sebenarnya ini  merupakan pengalam pertama saya membeli secara online dengan ZALORA kerana mendapat voucer dari  Digi yang bernilai RM 50.00  kerana saya merupakan pengguna pascabayar Digi.

Voucer dari DIGI

Lepas melihat dan dapat barang yang berkenan di hati terus saya klik button 'add to bag' dan mengunakan voucer RM50.00 dari Digi.

Saya hanya perlu membayar RM5.00 sahaja lepas ditolak dari Voucer tersebut. Harga kasut pula RM45.00 sahaja. Seperti yang dijanjikan ZALORA  barang saya diposkan pada hari itu juga dan dijangka sampai keesokan harinya dengan menggunakan servis GDEX.

Tetapi hampa, GDEX tidak menghantar sebarang notis ke rumah saya bila semak barang dalam sistem tulis 'NO ONE AT HOME' sedanngkan saya memang dirumah setiap masa. Keesokan harinya pihak GDEX memaklumkan akan menghantar semula barang ke rumah sebelum jam 7 malam.

Tetapi sama juga barang dari ZALORA tidak sampai dan tiada notis diberikan. Memang sah pihak GDEX tidak mencari rumah saya. Rasa kecewa dengan servis GDEX kerana terpkasa ke ofis untuk mengambil barang ZALORA saya. 

Bila dapat barang, kotak yang mengandungi kasut saya kemek  tak macam kotak kesal sangat. Nasib baik kasut dalam keadaan ok. Nasihat buat ZALORA baik double packing kotak yang mengandungi  barang pelangan kalau tak ini lah jadinya.

Kotak kasut yang kemek

kalau tak ada plasti gdex msti rosak kasut ni


Secara keselruhannya saya berpuas hati dengan produk yang ditawarkan di ZALORA tetapi tidak berpuas hati dengan servis kurior dan pembungkusan dari pihak ZALORA. Lepas kejadian ini, tak pasti akan membeli dari ZALORA lagi atau tidak.

Vessini

0 comments