Friday, May 16, 2014

Hopital bersalin islamik



Hospital Pakar PRK MUIP menyediakan servis terbaik


Masih tercari- cari hospital swasta di sekitar Kuantan dengan kadar yang berpatutan serta servis yang bagus? Jangan pening-pening kepala wahai bakal ibu mahupun bakal bapa semua kerana saya ada jawapanya.

Gambar ehsan PRK MUIP
Hospital Pakar PRK MUIP yang terletak di Jalan Gambut Kuantan merupakan hospital khususnya bagi wanita yang ingin bersalin. Saya memilih untuk bersalin di Hospital Pakar PRK MUIP kerana balik kampung untuk berpantang disana.

Tambahan pula kita boleh meminta untuk bersalin dengan doktor perempuan. Servis yang ditawarkan juga berpatutan serta dengan layanan kakitangan yang cukup mesra.

Berdasarkan kos bersalin yang ditawarkn disini amatlah berbaloi .Saya memang amat berpuas hati dengan Hospital Pakar PRK MUIP harga bebeza hanyalah berdasarkan bilik sahaja.




HARGA BERSALIN DI HOSPITAL PAKAR PRK MUIP:-

Normal :- RM2000-3000 [ 2 hari 1 malam ]
Pembedahan :- RM3000- 8000 [ 3 hari 2 malam ]

single room. gambar ehsan MUIP
Auris was born on 23/9/13
Saya menginap disini selama 2 hari satu malam dan mengambil bilik perseorangan harga kos bersalin, ubat-ubatan serta nursery bayi adalah sebanyak RM2649.00 sahaja. Tidak lah semahal yang disangka.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment