Wednesday, April 16, 2014

Dostinex ubat berhenti susu badan


Tidak dinafikan breast feeding atau dalam bahasa melayu ialah susu badan mempunyai khasiat yang banyak serta kebaikan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana jenis susu haiwan tak kira lah susu awal lembu, kambing atau sebagainya.

Kebiasaan apabila seorang ibu melahirkan anak mereka akan memberikan susu badan sebagai makanan untuk bayi. Ini adalah kerana hanya susu ibu sahaja membekalkan antibodi kepada bayi. 

Namun, ada segelintir ibu yang mempunyai masalah dengan susu badan. Contohnya bengkak susu. Berdasarkan pengalaman saya sendiri turut mengalami bengkak susu dimana anak saya tidak mahu menyusu melalui payudara kerana puting susu tengelam.

Apabila masalah ini terjadi sedikit sebanyak susu yang terkumpul menjadikan payudara bengkak ditambah pula kelenjar susu yang sangat aktif. Disebabkan itu saya merana akibat bengkak susu rasanya seperti disengat lebah dan terasa amat sakit sekali.

Saya terpaksa mengepam susu untuk diberikan pada anak. Tetapi disebabkan kelenjar susu yang aktif saya terpaksa mengepam susu setiap satu jam sekali dan ia membuatkan saya rasa berasa tertekan kerana apabila susu tidak dikeluarkan payudara akan membengkak dan sakit.

Kehidupan saya yang ketika itu baru sahaja melahirkan anak berasa amat rimas dan nak marah sebabkan sakitnya bengkak susu. Saya hanya sempat menyusukan anak dengan susu ibu hanya 3 bulan kerana tidak tahan disebabkan kehidupan seharian terjejas. Saya susah dan jarang keluar rumah kerana terpaksa mengepam susu setiap satu jam malah saya kurang tidur dan mendapat rehat yang secukupnya.

Masuk bulan ketiga saya menyedari terdapat satu benjolan yang besar di payudara kanan. Setelah disiasat ianya berpunca dari kelenjar susu yang sangat aktif ditambah pula saluran yang tersumbat. Atas nasihat doktor saya membuat keputusan untuk berhenti susu badan. Disebabkan ini saya disahkan menghidapi breast cyst akibat daripada susu yang tersumbat.



Dostinex adalah ubat berhenti susu badan yang bagus serta cepat berkesan tetapi bergantung terhadap reaksi ubat berhenti susu badan mengikut individu ini kerana setiap individu adalah berbeza. Ubat ini hanya mengandungi 2 biji dalam satu botol dan berharga RM 41.90 untuk sebiji ubat. Ini bermakna RM83.80 untuk dua biji ubat.

Ubat berhenti susu Dostinex harus dimakan dua biji dan mengikut pengalaman sendiri susu badan saya berhenti secara keseluruhanya selepas 3 minggu. Dostinex atau ubat berhenti susu ini tidak mudah didapati kerana ia merupakan ubat terkawal malah haruslah mendapat preskipsi daripada doktor. Nasib saya baik kerana suami saya seorang doktor jadi mudah untuk saya untuk mendapatkanya.

Nasihat saya terhadap sesiapa yang berhasrat untuk berhenti susu badan ia haruslah mempunyai alasan yang kukuh kerana susu ibu merupakan susu yang terbaik bagi bayi anda. Saya harap ada semua akan dapat sedikit sebanyak dari pengkongsian ini.

6 comments:

  1. Salam puan sy pun mmpunyai msalh yg sma. bole sy tau klinik suami puan di mna? klau bole whtsapp sy 0132701016 tme ksh puan

    ReplyDelete
  2. Sy pun mempunyai masalah yg sama..boleh sy tau selama 3minggu susu kering..stiap hari bengkak susu akan ada ke?sy baru try ubat ni beli dekat famasi tp cara makannye 2biji mkn 1hari half2 pagi dan malam selama 2hari..1hari mkn masih ade lagi bengkak susu..sy x tahan sy pump jgk..puan bole whatsapp no sy 01114301320 sy nk tnya detail feeback mkn ubat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalammualaikum, puan bleh sy tahu setelah puan makan ubat ni ambik mase berape lame utk kering susu tu ye? sy pun mcm puan, da makan 2 bijik tp masih bengkak. dan sy pump jugak sbb sakit. Sy tahu article ni da agak lme. tapi mntak ptolongan puan share pengalaman ye. Tq,maybe puan bleh whatsapp sy jugak 017-2423836

      Delete
  3. salam
    sy skg baru habis pntg sy melalui bgkak susu akibat amal ubat tuk banyakkan susu so bf sy jdi banyak n sy selalu pam smpaikan melecet dan skg sy trpaksa stop susu akibat puting sy sakit smpai sy demam2 tp sy sempat buat stop lam freze bekalan susu saya dan skg cra nk hilgkan bgkak susu ikat kain lampin biarkan susu menitis kalau kita tekan susu akan membgkak.

    ReplyDelete
  4. Salam blh saya tahu ubat ni mmg akan surutkan bengkak susu ke?

    ReplyDelete
  5. Sis Cuba letak kobis... Nanti surut bengkak tu... Insyaallah...
    Saya Pon stress sbb masalah puting tengelam...Kena pump...Bagun tidur ppum sbb sakit..tp saya masih dalam pantang....Still penat la....😭😭

    ReplyDelete