Thursday, April 24, 2014

The Maze A Famosa yang menakjubkan



Selesaikan misteri di The Maze A Famosa


Cabar diri dan minda anda dengan The Maze A Famosa yang sememangnya penuh dengan misteri yang harus anda rungkaikan.

Alami sendiri bagaimana rasa terperangkap dan harus mencari jalan keluar dengan meyelesaikan puzzle yang amat rumit tetapi seronok!

Saya serta berberapa wartawan dari Utusan, Kosmo!, Oriental Daily, Harian Metro serta Nanyang Siang Pau telah mencuba permainan The Maze A Famosa ini. Kami adalah pemenang pada hari itu.


bangunan the maze

sesi taklimat sebelum permainan dimulakan



Ternyata ianya amat meyeronokan sekali gus mewujudkan sikap bekerjasama dalam menyelasaikan puzzle tersebut.

The Maze A Famosa sememangnya menarik dan amat berbaloi bagi sesiapa yang ingin mencabar minda pemikiran kreatif dan idea bagi menyelesaikan setiap persoalan yang ada.

we are the winner

Harga masuk di The Maze A Famosa  serta syarat-syarat bermain ialah:-

RM 36 seorang / Umur 15 tahun keatas sahaja dibenarkan bermain The Maze.
Masa permainan : 60 minit.
Pesakit jantung dan ibu mengandung tidak digalakan bermain.
Permain haruslah datang awal 15 minit sebelum permainan di mulakan.
Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi -5 petang.

gambaran the maze

Apa tunggu lagi? Jom cabar diri anda dengan permainan The Maze ini! Lawati www.afamosa.com untuk tempahan tiket dan maklumat lanjut.

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment