Thursday, April 24, 2014

Sarapan pagi bersama haiwan di A'Famosa


Inginkan satu kelainan ketika menikmati sarapan pagi anda? Alami kelainan sarapan pagi anda di Safari Wonderland A Famosa! Bamboo Steak Corner.




Anda boleh menikmati sarapan pagi dengan di kelilingi oleh haiwan-haiwan yang sangat menarik dan juga mudah di dekati. Malah anda juga berpeluang bergambar bersama haiwan tersebut dan juga memberi mereka makan.

Antaranya haiwan di Safari Wonderland A Famosa yang turut menyerikan sarapan pagi anda ialah burung kakak tua, iguana, ular sawa albino burma, kuda, feret albino dan juga binatang yang mungkin bagi sesetengah orang sangat jarang dilihat iaitu binturong.
Burung Kakak Tua
Bukan sahaja sarapan pagi menjadi lebih seronok malah dapat juga merasa menyentuh binturong secara dekat. Saya juga berkesempatan bergambar bersama ular sawa albino burma dimana beratnya mencecah 40kg! 

Bagi sesetengah orang mungkin amat takut dengan ular paling tidak geli namun tidak bagi saya mungkin di sebabkan lahir pada tahun ular jadi tak takut mahupun geli.



Sempat juga saya memberi makan kepada binturong dan menyentuh feret yang amat comel. Ini adalah sarapan yang sangat unik dan seronok pernah saya alami. Apa tunggu lagi jom bersarapan bersama haiwan di Safari Wonderland A Famosa!

Bersama Iguana

Ini adalah binturong

Albino Feret



0 comments