Thursday, April 24, 2014

Jom bagi makan pada buaya di A Famosa



Crocodile Alive salah satu tarikan baru di A Famosa

Dengar sahaja buaya pasti ada yang gerun denganya. Namun bagi yang berhajat atau suka dengan hidupan ini boleh datang dan berpeluang memberi makan kepada buaya yang terdapat di Safari Wonderland A Famosa.


Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Tak bahaya ke bagi makan pada buaya? Macam mana cara bagi  makan? Ha.. sebenarnya tak lah seram sangat pun bagi makan kat buaya di A Famosa ni. 

Crocodile Alive merupakan salah satu tarikan baru yang terdapat di sini selain Tiger Enconter [klik sini]Terima kasih saya ucapkan kepada pihak A Famosa yang sudi memberi peluang kepada saya merasai pengalaman hebat ini.


Program crocodile alive ini membolehkan para pengunjung berada secara dekat. Pihak yang bertugas telah meyediakan joran yang mempunyai makanan iaitu ayam.

Saya bersama wartawan serta blogger yang lain dapat merasai sendiri pengalaman memberi makan pada buaya yang ternyata amat meyeronokan serta teruja.


Sememangnya program crocodile alive ini sangat bagus dan sesuai seisi keluarga bagi merasai pengalaman yang tidak terdapat dimana-mana safari lain.

Saya juga berpeluang memberi makan kepada harimau dengan secara dekat iaitu program Tiger Enconter
  [ klik sini ] 

Review penuh Water Theme Park A Famosa beserta Big Ice Cream ride [ Klik sini ]




Filled Under:

0 comments:

Post a Comment