Sunday, March 16, 2014

Gincu Revlon Matte Balm Color Burstre



Revlon Colorburst Matte yang best.

Sebanarnya saya bukanlah peminat lipstik ataupun gincu, cukup sekadar mencalitkan lips ice dibibir sebagai penyeri. Akan tetapi semenjak mengandungkan anak pertama tahun lalu tiba-tiba terasa nak pakai lipstik.

Kalau boleh nak warna terang gitu entah kenapa. Semasa berada di Watson untuk membeli barangan kosmetik yang lain saya ternampak gincu dari Revlon, yang pada masa itu berwarna pink tertulis 'kissable bite balm'.

Akibat terlalu teruja saya membelinya serta memakainya. Ternyata gincu oleh Revlon ini amat mudah dipakai serta tahan lama. Paling best apabila ia sangat ringan dan tidak melekit seperti kebanyakan gincu yang lain.

Baru-baru ini Revlon telah megeluarkan keluaran gincunya yang terbaru yang diberi nama Revlon color burst matte yang sangat cantik serta warna yang menambat hati. Hati saya terpikat dengan warna-warna yang terdapat pada gincu Revlon ini.

Gincu ini juga tidak mahal dan berpatutnya dengan harganya. Anda boleh dapatkannya di Guardian ataupun Watson yang berdekatkan. Hanya dengan RM 30.00 anda akan dapat gincu yang best ni. Setakat ini saya sudah mempunya tiga koleksi gincu Revlon iaitu 025 sweetheart valentine, 040 rendezvous dan 225 sultry sulfureuse.



Revlon Just Bitten Kissable 040

Revlon Colorburst Matte Balm 225

Revlon Just Bitten Kissable 025

Filled Under:

0 comments:

Post a Comment