Saturday, February 8, 2014

Selepas penat berjalan-jalan kat Daratan Pahlawan, Melaka terasa nak makan dekat The Windmill Station pula. Memang kerap juga kami sekeluarga makan disini kerana tempatnya yang sangat selesa, makanan yang sedap dan juga layanan yang mesra dan cepat.

The Windmill Station menyediakan makanan barat khususnya dan terdapat juga menu-menu lain seperti nasi. Kami memesan Fish and Chicken, Double lamb chop dan Lamb dan Chicken serta starfriut plum, guava plum dan sky juice.



Bagi peminat tegar kambing bolehlah mencuba sendiri keenakan Lamb Chop yang ada The Windmill Station. Sememangnya Fish and Chicken menjadi makanan kegemaran saya apabila makan disini.





Rating keseluruhan tempat ini saya bagi.

Makanan : 8/10
Suasana : 8/10
Servis: 7/10
Harga : 6.5 /10





Jadi apa tunggu lagi Jom makan di The Windmill Station berdekatan anda.

0 comments