Wednesday, January 29, 2014

Transformers Expo Malaysia 2014


Pada 28 Januari 2014 yang lalu, saya dijemput oleh pihak Resort World Genting untuk menyertai Grand Launch Transformers Expo Malaysia 2014 khas untuk para media sahaja. Dibuka untuk orang ramai pada 31 Januari - 16 Febuari 2014.



Sempena sambutan ulangtahun Transformers yang ke 30, pihak Hasbro dan tentunya sempena Visit Malaysia 2014 telah mengadakan Transformers Expo yang diadakan julung kalinya di Arena of Stars Resort World Genting.

Turut hadir di Majlis pelancaran ini ialah menteri pelancongan Malaysia YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, Dato' Sri Lee Choong Yan selaku President dan Chief Operating Officer Genting Malaysia Berhad dan juga Mr. Raymond Tew selaku Chief Executive Officer Targer Exposition Sdn Bhd.






Bagi peminat tegar Transfomers, ini adalah peluang terbaik anda untuk menyaksikan sendiri figura-figura Transformers di Transformers Expo Malaysia 2014. Terdapat enam ruang pameran yang disediakan.

Antaranya ialah koleksi-koleksi figura aksi Transfomers dari luar dan dalam negeri yang dipamerkan dan dianggarkan sebanyak lebih dari 1000jenis figura aksi! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan serta bergambar dengan kereta Chervolet's Camaro yang digunakan dalam filem Transformers.






Saya amat teruja apabila melalui lorong 3D perang yang menakjubkan penuh dengan karektor transformer yang saya minati dan sempat juga bergambar di sekitar lorong tersebut . Kemudian saya memasuki ke Dunia Cybertron yang menampilkan perasaan menakjubkan!



Saya tidak melepaskan peluang untuk meyaksikan Filem Transformers dalam bentuk 3D yang ditayangkan menerusi televisyen Tosiba 83 inci sememangnya pengalaman yang cukup indah untuk dinikmati!


Apa yang paling menarik di Transformers Expo ini adalah terdapat Optimus Prime bersaiz 23 kaki tingginya! Serta 18 kaki tinggi Bumble Bee yang kedua-duanya berharga lebih kurang RM 2 Juta. Pasti anda akan kagum dengan kedua-dua figura aksi gergasi ini.



Sememangnya saya tidak mensia-siakan masa berada di Transformers Expo ni kerana akhirnya dapat berjumpa dengan Optimus Prime dan Bumble Bee yang sememangnya idola saya sejak kecil lagi. Sempat juga bergambar bersama kedua-dua figura aksi gergasi ini.

Bagi sesiapa yang inginkan keseronokan dan cabaran jom datang ke Transformers Expo ini bertempat di Arena of Stars Resort World Genting. Ada boleh dapatkan tiket di www.rwgenting.com dan MyDeal.com.my. Harga bagi seorang dewasa ialah RM55 manakala harga bagi kanak-kanak ialah RM 45. Terdapat juga harga pakej keluara yang beharga RM180 untuk satu keluarga.

Tunggu apa lagi??!! Jom ramai-ramai datang ke Transformers Expo yang sememangnya gempak dan jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadih menarik di Expo ini!

0 comments