Thursday, January 16, 2014

Subak Restaurant, Sg.Pencala.

Sempena Visit Malaysia 2014, saya bersama Tourism Negeri Sembilan, blogger dan juga ahli Friends Of Negeri Sembilan telah menikmati makan malam di Subak Restaurant yang terletak di Sg. Pencala.
Pertama kali menjejaki kaki di tempat ini padahal saya sememangnya tinggal di Petaling Jaya Section 16 suatu ketika dahulu.

Secara kasarnya, Subak Restaurant ini mempunyai persamaan sedikit dengan Stone Cafe yang terletak di Bandung kerana kedudukan di atas bukit dan serba sedikit dekorasi yang hampir sama. [ klik sini ]
Apa yang menarik tentang Subak Restaurant ini ialah sebaik sahaja melangkah masuk anda akan merasa teruja dengan keindahan dekorasi dan suasana yang tenang.

Makanan yang di hidangkan untuk kami ialah secara buffet menu ala kampung. Antara menu yang ada ialah ayam, kupang masak lemak cili padi,telur masak kicap,ikan keli berlada dan sayur sawi. Terdapat juga mee/bihun sup.

Pencuci mulutnya pula terdiri daripada buah tembikai, buah oren dan juga jelly. Makanan yang di sediakan amat sedap ditambah pula dengan suasana restaurant yang tenang dan romantik membuatkan saya merasa seperti berdating bersama suami. Hehe. Salah satu tempat yang amat sesuai bagi pasangan bencinta mahupun yang sudah berkahwin.

Rating secara keseluruhanya tempat ini dari segi makanan, servis,suasana dan tempat ialah :-

Makanan : 9/10
Servis : 9/10
Suasana : 9/10

Silalah berkunjung ke Subak Restaurant yang terletak di Sg. Pencala pasti anda tidak menyesal menikmati makanan disini disamping dapat merehatkan minda di tempat ini. Terbaik







0 comments