Monday, January 13, 2014


Lisa Surihani buat pertama kalinya merakamkan lagu pertamanya dan lebih manis lagu ini dirakam bersama suami tercinta Yusry Abdul Halim.

Dikatakan pada mulanya Lisa seperti teragak-agak untuk merakamkan lagu ini namun setelah dipujuk Yusry dan keluarga, Lisa akhirnya bersetuju.

Lagu ini boleh dikatakan lagu meraikan cinta mereka.

Rating:
Vokal: 3/5
Lirik : 4/5
Lagu: 4/5

Overall: 4/5

Jom dengar lagu ini:


LIRIK LAGU KEKASIH ABADI - YUSRY & LISA SURIHANI

Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh kau hiasi dunia
Syukur kerana Dia mendengar doa-doaku

Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba menjadi nyata

Tak perlulah lagi ku bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
Untuk kekal sehidup semati

Tak perlulah ku memeluk angan
Kini kau ada erat di dalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih abadi

Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambillah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana hidup tanpamu

Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Di sana kasih kita bersemadi

2 comments:

  1. saya adalah salah satu penyuka lagu malaysia, boleh nih saya download buat nambah kioleksi saya

    ReplyDelete
  2. oooo lagu ni la yg org cakapkan tu
    wah dah jd penyanyi lisa
    Custom Made Sticker Kereta menyerlahkan kreativiti anda!!


    ReplyDelete