Tuesday, June 14, 2016

Jom Sertai Pertandingan Fifa16 Pada 18 Jun 2016

Jom Sertai Pertandingan Fifa16 Pada 18 Jun 2016


Pada hujung minggu ini iaitu 18 Jun dan 19 Jun 2016 (SABTU & AHAD), satu pertandingan game FIFA 16 di platform PS4 akan diadakan di Dagang Avenue, Ampang.

Julung kalinya, event company, Ghost Gamester (KLIK SINI) akan menganjurkan pertandingan PS4 Fifa16 yang menyaksikan para peserta merebut hadiah sebanyak RM900. Banyak juga tu.

Pertandingan ini bersempena EURO 2016 yang sedang berlansung, jadi semua perserta hanya dibenarkan menggunakan pasukan EURO sahaja seperti Perancis, Sepanyol, England dan lain-lain.

Berikut merupakan sedikit info pertandingan ini:

Ghost Gamester FIFA EURO 2016 (PS4 Console)
.............................
Venue: Geek Empire Dagang Avenue 
Address: 1-22, Dagang Avenue 
Jalan Dagang B/3A 
Taman Dagang, 68000 Ampang Selangor
.............................
Date: 18th June 2016 Saturday
Time: 9.00am-6pm
Platform: PS4
.............................

Entry Fee: RM25 per slot
Super Late register (RM40 - after 15th June 2016)
Maximum Slots: 128 Slots (first come first serve)
............................
Prizes: 
1st Place; RM500 
2nd Place; RM250
3rd Place; RM100
4th Place; RM50
............................
To register whatsapp :0111-895 4830
To register whatsapp :0111-895 4830
To register whatsapp :0111-895 4830


Sehingga kini, seramai 80 orang sudah berdaftar.

Kepada mereka yang tiada nak buat apa pada hujung minggu ni, bolehlah luangkan masa menyertai pertandingan PS4 FIFA16 ketika bulan puasa ini.

Mana tahu rezeki duit raya. Dapat la hadiah tu, masyuk!!

Sunday, September 27, 2015

Tips Lembutkan Daging Jadi Empuk

Tips Lembutkan Daging Jadi Empuk


PETUA AGAR DAGING CEPAT EMPUK

Ini merupakan antara cara yang boleh digunakan untuk membuat dagung menjadi lembut dan empuk dengan cepat.

Antara tips dan petuanya ialah:

1. Daun nangka : caranya ialah dengan memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan daging.

2. Daun betik : Sila masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan. Ianya juga boleh melembutkan daging.

Selain itu, jika tiada tangkainyanya, anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda. Pastikan anda kupas kulitnya, buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

3. Tempe : Biasa digunakan untuk melembutkan gulai daging. caranya mudah sahaja, hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.

4. Cuka : Potong daging dan perapkan dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu toskannya hingga kering. kemudian masak daging tersebut.

Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

5. Keratan kayu ubi : kayu ubi juga boleh digunakan. Batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu dan masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja.

Biarkan selama 10 – 15 minit, lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

6. Tepung dan kicap : Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.

7. Buah keras : Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

Tuesday, July 7, 2015

Japanese Restaurant, Sukiya At Aeon Malacca

Japanese Food, Sukiya At Aeon Malacca



Sebelum puasa hari itu, saya dan suami seperti biasa singgah ke Jaya Jusco Aeon. Cadang nak tengok wayang di GSC dan kemudian makan tengah hari.

Monday, March 9, 2015

Percutian Murah Ke Pulau Perhentian

Murahnya Bercuti Dengan Bahtera Kembara Holidays

 


Tak Sangka dengan harga murah bawah RM 200 kita mampu bercuti di Pulau perhentian.

Sekali lagi pihak Bahtera Kembara Holidays memberi kepercayaan kepada Hotlips Corner untuk turut menyertai trip satu hari ke Pulau Perhentian.

Jutaan terima kasih buat En. Afiq Iqbal kerana menjemput Hotlips Corner. Admin bertolak dari Kota Bharu, Kelantan ke Jeti Kuala Besut,Terengganu pada pukul 9.40 pagi.




Perjalanan dari Kota Bharu ke Jeti Kuala Besut mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan menaiki kereta. Setibanya di Jeti Kuala Besut, perjalanan Admin diteruskan lagi dengan menaiki speed boat ke Pulau Perhentian bersama-sama dengan pemilik Barhtera Kembara Holidays. 

Admin sampai ke point  pertama iaitu di Turtle Beach  pada pukul 10.40 pagi . Di sini terdapat banyak coral serta ikan-ikan nemo yang sangat jinak dan jika anda bernasib baik anda mungkin dapat memegang ikan nemo.


Lebih kurang dalam satu jam admin serta  pengunjung yang lain berada di Turtle Beach. Di samping dapat snorkeling sempat juga bermandi manda . Satu jam bagaikan tidak cukup berada di tempat yang sangat cantik ni. Rasa tak nak balik!

Admin seterusnya ke check point kedua iaitu, Turtle Point di mana kita boleh melihat penyu secara live. Kebiasaanya, pemandu pelancong ataupun 'diver' akan mencuit penyu yang biasanya duduk di dasar laut untuk naik ke permukaan laut.



Setelah puas melihat penyu dan snorkeling di check point kedua, admin dibawa ke check poit ke tiga iaitu Shark Point tetapi malangnya kami tidak berkesempatan melihat jerung. Mungkin malu dengan admin agaknya.



Point yang terakhir ialah tempat memberi makan kepada  ikan-ikan. Anda boleh merasai sendiri pengalaman memberi  makan kepada ikan.Trip untuk 3H2M di Pulau Perhentian hanyalah RM199 per pax! Murah bukan? Apa tunggu lagi?? Jom bercuti!  Untuk keterangan lanjut tentang pakej trip satu hari ke Pulau Perhentian sila layari :-

FB : Bahtera Kembara Holidays (KLIK SINI)
IG : Bahtera Kembara Holidays (KLIK SINI)
Hotline : En. Afiq Iqbal 019 4151375

HARGA HANYA: RM 199/pax
Termasuk:
- speed boat
- penginapan
- pakej snorkeling

Selain pakej percutian ke Pulau Perhentian, Syarikat Bahtera Kembara Holidays  juga menyediakan pekej percutian di dalam dan luar negeri seperti ke Krabi, Thailand.[KLIK SINI]

Seronok sangat pergi Pulau Perhentian rasa tak nak balik! dan semangnya  sangat puas hati dengan servis Bahtera Kembara Holidays

Antara gambar-gambar yang sempat di rakam sepanjang berada di Pulau Perhentian.
































Tuesday, March 3, 2015

Pakej Percutian Krabi Murah

Pakej Percutian Krabi Murah Dari Bahtera Kembara Holidays




BESTNYA!! Jom ramai-ramai ke Krabi. Pakej dari Bahtera Kembara Holidays memang murah dan berbaloi. Harga bermula dari RM 450 sahaja untuk 3 hari 2 malam.

Turun 4 kg dalam 7 harI

Tips Turun 4 kg Dalam 7 Hari


Memang agak stress bila berat badan makin naik tambah lagi ada yang menegur badan makin kembang, gemuk dan sebagainya. Niat di hati nak tampak cantik dan kurus tapi selalu gagal untuk diet.

Buat Duit Dengan Social Reality (SRAX)

Kepada Blogger Jom Guna Iklan Social Reality

Amat merugikan jika mempunyai blog tetapi tidak menggunakan iklan. Kebanyakan blogger sudah tentu arif tentang pengiklan yang ada di blog mereka.



Cendol Bakar Kini Di Melaka

Cendol Bakar buka cawangan di Klebang, Melaka

Alangkah nikmatnya bila menikmati cendol ketika waktu minum petang bagi  membasah tekak yang kering. Berbalik pada Cendol Bakar Kuala Selangor yang cukup popular kini boleh di nikmati di Melaka.


                       


Thursday, February 26, 2015

Mega Home Electrical Fair beri hadiah percuma

Lunch Box percuma di Mega Home Electrical Fair

Siapa yang tak nak hadiah percuma bukan? Di Mega Home Electrical Fair yang diadakan pada 6-8 Jun 2014 yang lalu di MITC Melaka , hadiah yang merupakan lunch box diberiakan secara percuma pada 500 orang pengunjung terawal.




Mug percuma dari Nescafé

Kumpul Mug sempena World Cup dari Nescafé 

Sempena deman World Cup yang sedang hangat melanda, Nescafé telah menjual produk Nescafé Original dengan memberikan Mug edisi World Cup secara percuma.